 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: Kamarul Ilmar
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 17-Dec-2007 03:25 |
Email | Share | Bookmark |
|
|
|
Taiko
Sejarah asal Taiko.
Secara ringkasnya, Taiko bermaksud gendang. Taiko pada asalnya digunakan di medan perang semasa zaman perebutan Tenka (takhta), bagi memberikan semangat kepada para pejuang untuk berperang. Kehebatan saiz "Taiko" pada zaman itu memberikan pelbagai tujuan dan makna kepada pejuang-pejuang semasa di medan peperangan . Pada awalnya, rekaan Taiko adalah amat besar bagi memberikan kesan bunyi yang bergema bagi menakutkan musuh di seberang.
Gambar ini dirakamkan secara kebetulan ketika saya dan keluarga bersiar-siar ke perkampungan Mizuho. Permainan Taiko ini dimainkan bersempena meraikan kampung Mizuho yang terpilih padinya untuk dipersembahkan atau dijadikan beras bagi kegunaan pihak Diraja (Tenno) Jepun pada tahun ini. Saya berasa amat bertuah kerana dapat menikmati persembahan ini. Selain meraikan perlantikan kampung Mizuho sebagai "Beras Diraja" pada tahun ini, permainan Taiko ini juga bertujuan mendoakan agar serangga-serangga tidak mengganggu tumbesaran Beras Diraja ini. Saya dapat tahu perkara ini setelah bertanyakan mengenai keraian ini pada salah seorang penduduk disitu. Saya cukup terharu dengan keramahan mereka.
Memandangkan populariti penggunaan Taiko semakin berkembang, ianya telah mendapat tempat di dalam seisi keagamaan. Dua agama utama pada ketika itu, Shinto dan Buddha telah mengaplikasikan penggunaan Taiko sebagai alat komunikasi di dalam kampung, dimana ianya menjadi alat pemberitahuan untuk memberitahu tentang ribut yang akan mendatang, dan juga ianya akan dipalu bagi menandakan bermulanya musim menuai padi.
Oleh kerana perihal keagamaan semakin banyak mengelilingi Taiko ini, hanya lelaki-lelaki yang suci dan terlantik sahaja dibenarkan untuk memalu Taiko ini. Kebanyakan Taiko yang digunakan di dalam perkara-perkara suci keagamaan, masih berada di dalam kuil-kuil sehingga kini. Hakikatnya, oleh kerana saiz Taiko yang teramat besar, kuil-kuil juga perlu direka berpusatkan Taiko tadi dan ianya tiada cara lain untuk membawanya keluar selain membuat perubahan yang besar kepada struktur kuil itu sendiri.
Taiko Moden.
Taiko moden telah ditubuhkan oleh Daihachi Oguchi pada tahun 1951. Dari ketika itu sehinggalah sekarang, permainan Taiko bukan sahaja dimainkan untuk perayaan-perayaan tertentu sahaja, malah ianya juga telah dikomersialkan bagi mengisi permintaan acara-acara rasmi dan tidak rasmi di pelusuk bandar dan kampung. Malah lebih dari itu, Taiko juga telah melepasi peringkat global, dimana permintaan terhadap kebudayaan ini telah menjalar dan meresap di kalangan penduduk luar dari Jepun ini sendiri. Kadang-kala kita boleh lihat, ada diantara para pemain Taiko adalah terdiri dari warga asing, dimana mereka datang ke Jepun hanya semata-mata untuk belajar dan menyertai kumpulan permainan Taiko.
Persembahan Taiko
Secara ringkasnya dan amnya persembahan Taiko boleh dibahagikan seperti dibawah:
1.Multi-drum, multi-player, atau lebih dikenali sebagai KUMIDAIKO.
-Dua atau lebih pemalu memainkan lebih dari satu jenis Taiko. Persembahan sebegini adalah yang amat popular sekarang.
2.Multi-drum, one player.
-Seorang pemalu memainkan lebih dari satu jenis Taiko.
3.One drum, multi-player
-Dua atau lebih pemalu memainkan satu jenis Taiko.
4.One drum, one player.
-Seorang pemalu memainkan satu Taiko.
Sekian kisah yang tak seberapa dari saya.
Sumber Rujukan : Wikipedia
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|