 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: Kamarul Ilmar
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 18-Aug-2007 11:59 |
Email | Share | Bookmark |
|
|
|
Masuk musim panas ni banyak sungguh pesta di sana sini. Sampai tak sempat nak susun gambar dalam folder. Boleh dikatakan minggu ini sahaja ada 4 jenis pesta. Maafkan saya, saya tak sempat nak buat ulasan lebih lanjut mengenai pesta-pesta yang ada pada masa ini, saya hanya upload kan dulu beberapa rakaman yang sempat saya ambil.
Nagai Yuko. Begitulah nama anak tempatan yang berasal dari kepulauan Kyusu yang baru berusia 28 tahun ini. Gambar ini diambil semalam, 4/8/2007 semasa Ohda Festival dan juga pertunjukkan bunga api diadakan di pelabuhan Kute.
Nagai Yuko adalah seorang penyanyi lagu-lagu asli di sini (atau lebih dikenali sebagai Enka), yang mana beliau telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bagi Warisan baru dunia, iaitu Iwami Ginzan (bandar lama di Ohda sini). Beliau adalah artis baru dan tetapi telah mendapat nama di persada seni lagu-lagu asli dan juga di layar perak.
Walaupun nama beliau belum begitu cukup popular, namun keramahan dan lawak jenaka yang diselitkan semasa beliau beramah mesra dengan penonton, membuatkan penonton tidak jemu untuk mengikuti persembahannya sehingga tamat. Kerana kebiasaannya, bagi sesetengah penyanyi lagu asli yang baru hendak naik, persembahan "kampung" seperti ini tidak begitu berjaya menarik ramai penonton.
Kemerduaan dan suara yang lunak beliau, telah berjaya membuatkan penonton tidak mengubah punggung mereka. Setelah tamat persembahan beliau, barulah saya dapat tahu, bahawa ini adalah salah satu seisi konsert jelajah seluruh Jepun beliau, dan telah mempromosikan sendiri album beliau pada hari itu (sistem promosi yang biasa dijalankan oleh artis-artis yang baru nak naik disini).
Diharapkan beliau akan terus berjaya dalam bidang seni lagu-lagu asli di masa akan datang. Saya tak beli album beliau kerana, syarikat saya telah memborong sebanyak 50 keping CD untuk diagih-agihkan kepada pekerja, dan saya telah memilikinya. Selamat maju jaya NAGAI YUKO cyan!!
oleh : Kamachan
Natsu Matsuri (Pesta Musim Panas)
(Ini adalah siri sambungan dari siri Nagai Yuko).
Akhirnya ada jugak kelapangan untuk saya meneruskan topik ini. Kali ini saya nak bercerita mengenai Pesta Musim Panas di sini. Musim panas adalah suatu musim yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata di sini, menandakan bermulanya pesta-pesta yang begitu menyeronokkan.
Di antara pesta yang biasa di jalankan secara tradisionalnya ialah seperti tarian Bon Odori, tarian jalanan (kalau di Ohda sini dipanggil Tenryo Odori), pesta bunga api dengan gerai-gerainya, Pertunjukkan Kagura (opera) dan juga pelbagai jenis pesta yang tak dapat saya senaraikan disini. Kalau nak diikutkan di dalam kalender musim panas di daerah Shimane ini sahaja, boleh dikatakan ada sahaja pesta di mana-mana kampung setiap hari.
Tenryo Matsuri (Festival Tenryo)
"Tenryo Matsuri" adalah nama festival khas untuk festival di bandar Ohda sini. Kalau di bandar lain ada yang diberi nama "Suigai Matsuri", "Gonokawa Matsuri", "Hamako Matsuri" dan bermacam lagi mengikut nama bandar.
Tenryo Matsuri diadakan selama 2 hari berturut-turut. Bermula dengan pertunjukkan bunga api pada hari pertama sehinggalah kepada tarian jalanan atau Tenryo Odori pada hari kedua. Kali ini saya kongsikan dahulu perayaan pada hari pertama Tenryo Matsuri ini, "Hanabi Taikai" memberi makna pertunjukkan bunga api.
Ini adalah kali pertama saya merakamkan acara pertunjukkan bunga api, masih banyak yang perlu saya pelajari. Banyak rakaman yang gagal
Cara dan gaya persembahan bunga api agak berlainan setiap tempat. Pertunjukkan bunga api di Bandar Ohda ini telah diadakan di perkampungan nelayan Kute. Sedikit yang saya tidak berapa gemari dengan pertunjukkan bunga api di bandar Ohda ini ialah pengumuman pihak penyumbang yang membayar atau mengeluarkan duit untuk pertunjukkan ini yang di selang selikan dengan bunga api. Jadi agak lembap persembahan di Bandar Ohda ini.
Kalau di Bandar Matsue (60km dari Ohda), sebanyak 6000 das bunga api yang dijalankan selama sejam membuatkan kehebatan pertunjukkan di Matsue lebih menyerlah dan impak yang amat mendebarkan dengan pertunjukkan bunga api yang berterusan.
Di atas adalah diantara beberapa jenis bunga api yang agak mezurashi (pelik) di sini. Di sebelah kiri adalah bunga api berbentuk rama-rama. Kanan pula adalah berbentuk orang senyum. Maaf, rakaman ni gagal!!..rugi rugi...
Diantara bunga api yang paling popular sejak 10 tahun kebelakangan ini. Bunga api air. Jurutera bunga api akan menaiki bot, dna menyalakan sumbu bunga api lalu di baling bunga api itu ke dalam air. Dalam masa beberapa saat, bunga api tadi akan memercikkan keindahan dirinya dari dalam air menerjah ke permukaan air. Saya cukup suka dengan bunga api air ini kerana ianya terpercik dalam jarak yang terlalu dekat membolehkan kita melihat keindahannya dengan lebih impak.
Bunga api tergantung.
Diantara suasana di gerai-gerai makanan dan minuman di sekitar pertunjukkan bunga api ini. Deretan kedai ini menjangkau lebih kurang 200 meter. Seoalah-olah pasar malam di Malaysia, saya paling suka dengan sotong bakar disini. Harganya lebih kurang RM15.00 sekeping.
Budaya pada 2007
Apa yang cukup menyeronokkan saya pada pertunjukkan bunga api ini ialah pemakaian pakaian tradisional yang di panggil "Yukata" yang dikenakan oleh gadis-gadis Jepun dan juga "Jinbe" yang dipakai oleh orang lelaki. Pelbagai jenis corak dan warna menyerikan lagi si pemakai, melekakan saya memerhatikan kecantikkan mereka.
Namun begitu, ada juga di kalangan muda mudi yang lebih suka memperagakan fesyen moden musim panas yang terbaru. Saya cukup suka dengan pertembungan dua budaya fesyen ini.
Kali ini saya tidak membawa keluarga bersama kerana si mamanya bersantai ke rumah kawannya. Disamping menikmati persembahan Nagai Yuko sehingga tamat persembahannya dan membolehkan saya bersantai di pelabuhan ini sehingga lewat malam.
Sekian sahaja buat perayaan pada hari pertama ini.
Kamachan.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|