Want your
own Fotopage?






 

fotopagesbanner
By: Kamarul Ilmar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jul-2007 23:56 Email | Share | Bookmark

Mononobe Kagura

Assalamualaikum.

Pada Rabu minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari tapak projek ke pejabat saya, sedang saya melintas di kuil Mononobe, kelihatan seperti ada persiapan untuk sesuatu keraian pada malam itu. Selepas menyiapkan kerja di pejabat, saya bergegas kembali ke kuil tadi untuk mengetahui lebih lanjut apa yang akan berlaku pada malam itu.

Diantara penduduk kampung yang bergegas untuk membantu persiapan keraian pada malam itu.

Hanya dua buah gerai makanan menjalankan perniagaan. Disebelah kiri ialah gerai air batu campur, manakala di sebelah kanan menjual "Hashimaki" sejenis makanan yang menyerupai popia dan juga sotong bakar.

Saya masuk kedalam kawasan Mononobe ini untuk meninjau-ninjau persiapan yang sedang dijalankan. Dalam perjalanan masuk kelihatan deretan tanglung empat segi yang agak unik, digantungkan di sepanjang jalan masuk.

Ini adalah tanglung yang dihasilkan oleh kanak-kanak tadika di hadapan kuil ini. Di dalamnya terdapat sebatang lilin yang bakal dinyalakan pada keraian ini nanti.

"Yuki-chan no wa kore jyanai" (Yang ni kan Yuki-chan punya..).

Saya terserempak dengan segerombolan manusia yang berpusu-pusu masuk ke kuil ini. Kuil Mononobe merupakan kuil cawangan bagi kuil besar Izumo Taisya yang terletak 30km dari sini. Kuil besar Izumo Taisya dipercayai mempunyai hubung kait dengan kepercayaan "Tuhan Kekasih" iaitu kebanyakkan muda-mudi yang ingin mendirikan rumah tangga akan datang ke kuil Izumo Taisya untuk bersembahyang, mendoakan agar mereka memperolehi pasangan untuk berkahwin. Manakala kuil Mononobe pula lebih dikaitkan dengan "Tuhan Keselamatan" di mana ramai akan datang kesini untuk mendoakan keselamatan dari segi keselamatan di jalan raya, di tempat kerja dan juga keselematan dari segi rohani.



Mononobe Kagura. Mononobe ialah nama kuil, Kagura pula ialah pentas opera yang dijalankan di kuil-kuil. Kagura adalah salah satu Festival Tradisional yang banyak dijalankan dalam musim panas. Jika anda ingin mengenali Festival kebudayaan Jepun dengan lebih dekat, datanglah pada musim panas kerana, disetiap ceruk bandar hinggalah ke kawasan pedalaman, pastinya kita akan terserempak dengan acara kebudayaan sebegini pada setiap minggu.

Persiapan pentas opera Mononobe Kagura.


Mama: Yuki-chan hayaku kaette saki tabeyo ya..7:30 kara hajimaru datte (Ibu: Yuki-chan, jomle balik makan dulu..pukul 7:30 kang baru start)
Saya lihat jam pada telefon bimbit saya, masih pukul 6.45. Terus saya menelefon isteri mempelawa keluarga untuk menyaksikan keraian ini.


Selepas solat maghrib dan makan malam, kami bertolak ke kuil Mononobe pada jam 8:00 malam. Keadaan angin yang agak kuat pada malam itu agak mendinginkan tubuh walaupun sudah masuk musim panas.

Kami sampai setelah persembahan Kagura 30 minit dijalankan. Setibanya kami disana, kelihatan kelibat-kelibat penonton yang penuh memenuhi ruang hadapan berhampiran pentas. Dengan kelengkapan kamera yang minima, saya cuba mencari sudut untuk merakamkan pelakon-pelakon opera dengan lebih berkesan. Setelah meminta maaf daripada orang ramai untuk memberi laluan, akhirnya saya dapat menghampiri pentas di sebelah kiri, yang agak kurang menarik sudutnya.

Ada 5 peringkat persembahan Kagura ini. Maafkan saya kerana tidak membuat sebarang ulangkaji mengenai kebudayaan ini, oleh itu saya tidak boleh menceritakan secara terperinci mengenai latar belakang "Kagura" ini. Cuma apa yang boleh saya ceritakan secara ringkas berdasarkan cerita dari isteri saya yang telah sebati dengan persembahan-persembahan sebegini, beliau memberitahu bahawa "Kagura" atau opera kali ini adalah mengenai Pahlawan-pahlawan di zaman dahulu kala yang mempertahankan daerah mereka dari anasir-anasir atau lembaga-lembaga yang menyerupai pelbagai bentuk binatang dan jin yang sering mengganggu penduduk setempat.

Pelakon-pelakon opera dan juga pemain muzik opera ini adalah terdiri dari kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur antara 9 hingga 12 tahun. Mereka terdiri dari pelajar beberapa buah sekolah yang dihantar oleh ibu bapa mereka pada setiap hari Ahad untuk seisi latihan di Kuil Tsuchie. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pelajar-pelajar ini bukan datang berlatiih untuk mengisi ko-kurikolum sekolah mereka, tetapi adalah berdasarkan minat mendalam dalam pentas opera Kagura ini.

Ikutilah beberapa babak yang telah dirakamkan. Saya juga ingin mengajak rakan-rakan untuk menikmati kecantikan pakaian-pakaian yang digunakan dalam persembahan ini, disamping cuba meneka watak-watak yang dipaparkan oleh topeng-topeng dalam gambar ini nanti. Selamat berhibur.

Babak Berlawan.

Aippp!..mana mau lari haa..


Agghh..sampainya hatimu..


Hiyarkkhh...kalau berani, masuk..masuk..


Kumpulan Pahlawan.




Kumpulan Jin





Kumpulan Pemain Muzik


Perjalanan opera Kagura ini memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Namun begitu, penonton-penonton tidak berganjak dari terus menyaksikan persembahan ini.


Kanak-kanak adalah diantara penonton yang paling seronok dengan keraian seperti ini. Kadang kala jin-jin bertopeng tadi akan turun ke bawah pentas dan akan mengejar kanak-kanak bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka. Teriakan kanak-kanak jelas kedengaran, memekik meminta tolong atau meraung-raung supaya jin tadi tidak datang kepada mereka sambil menekup muka mereka. Ada diantara mereka pula yang nakal dan akan mengejar jin ini sambil menarik-narik ekor yang dilekatkan pada pakaian anasir jahat tadi.


Iyaaaahh!!..lariii...
Kanak-kanak ini telah disergah oleh anasir bertopeng setelah mereka mengendap di sebalik bilik menukar baju.


"Mama..sakki ne..ne..ne...atashi ne..busaiku oni wo micyatta yo!.." (Ibu..tadi kan..kan..kan..adik nampak jin yang hodoh sangat)


Sedang asyik memerhatikan jin-jin yang bakal mengusik mereka sambil menikmati air batu campur berperisa strawberi mereka.

Setelah agak lama saya berada di depan pentas, saya beredar sebentar dari kawasan pentas, dan bersiar-siar di kawasan kuil. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang mendaki tangga menuju ke ruang hadapan kuil. Saya ekori mereka dengan harapan dapat menyaksikan mereka bersembahyang di hadapan kuil itu.
Jangkaan saya tepat.


Sebelum bersembahyang, mereka akan mengeluarkan beberapa keping syiling untuk dibaling ke dalam kotak, tempat kanak-kanak beryukata merah itu bersandar.


Apalah agaknya yang didoakan oleh kanak-kanak ini.

Sedang asyik saya merakamkan gambar kanak-kanak ini, saya disedarkan dengan laungan anak saya yang memanggil-manggil nama saya mengajak pulang ke rumah. Walaupun masih tinggal satu lagi babak Kagura, namun saya akur dengan kehendak anak saya yang dari tadi meronta-ronta meminta dibelikan air batu campur di hadapan kuil ini.

Sekian dahulu, buat kali ini. Diharapkan rakan-rakan terhibur dan mendapat sedikit maklumat mengenai diantara kebudayaan yang ada di kawasan sekitar tempat saya tinggal ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, saya akan menulis pula tentang satu lagi siri menarik di masa akan datang.

Sekian, Assalamualaikum...


Jurugambar: Kamachan
Penulis: Kamachan
Alih Bahasa: Pun saya

woo..oni da!!..koweiiii ..dou shiyou??

yeah..natsu yasumi da start..sory le bro..shakaijin x dapat cuti panjang2 camnih ..
Thu 2-Aug-2007 00:36
Posted by:pojik  - [Link]
Arigato bro kamachan san sbb jengok fp aku..hehe..aku seduce diorang suh lepak..haha..peh..gamba bro memang superb!..teringin nk g Jepang nih.. Sat 4-Aug-2007 11:54
Posted by:unnamed
hiargh! terbaik la cerita yg disampaikan. congrats! sangat menarik. rasa nak gi berjalan je. ok kami nantikan yg lain ye bro! Sun 5-Aug-2007 03:08
Posted by:Anan Amri  - [Link]
jozu desu Sun 5-Aug-2007 17:46
Posted by:p U r p L e  - [Link]
omoshiroi!!!!!! Sun 5-Aug-2007 18:23
Posted by:p U r p L e  - [Link]
salam mate....nice pics kamachan...... Tue 7-Aug-2007 16:08
Posted by:Dezoo binimarjan@gmail.com  - [Link]
kamachang letok banyok lagi gambo . RAser macam banyok doh ...duk scroll duk baca ...cepat plok habih ...sebab mmg beh semer . Kamachan ingat lagi dok cakap ganung neh ...yang paling best masuk FP nih sambil baca sambil layan gambo leh blajo cakap jepung . Bunyi jepung celup pun dakper ar ...yer doks? Thu 9-Aug-2007 11:15
Posted by:Munirah  - [Link]
arigato kamachan!
gambar semua cantik giler!! good photos i must say!!
Mon 13-Aug-2007 07:52
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
seronok betul baca citer jepun ni...untung duk tempat org ni.byk benda kita dapat..( org ganung rupenye,duk alik mane).. Tue 14-Aug-2007 14:01
Posted by:az_far..  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.