Want your
own Fotopage?






 

fotopagesbanner
By: Kamarul Ilmar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jul-2007 04:37 Email | Share | Bookmark
Iwami..

Julai di Iwami
Petang tadi saya membawa keluarga berjalan-jalan ke Iwami Ginzan, pertama kali selepas ianya di umumkan sebagai Warisan Khazanah Dunia pada minggu lepas. Keadaan di Iwami Ginzan amat berbeza sekali selepas ianya diwartakan sebagai Warisan Dunia. Apabila melihat kenderaan-kenderaan yang datang, 90% adalah bernombor pendaftaran dari luar daerah Shimane ini. Begitu ramai pelancong-pelancong yang menggunakan cuti mingguan ini untuk memerhatikan dengan lebih dekat apakah yang menarik di dalam Warisan Dunia yang baru ini.
Saya mulakan dengan bacaan bismillah.
(Maaf, mungkin ramai yg tak bersetuju dengan komposisi yang terdapat di dalam gambar-gambar saya, termasuk saya sendiri. InsyaAllah saya akan memperbaikinya di masa-masa akan datang.)


"Mama! hayaku kite.." (jom le mak!)
Sebelum masuk ke bandar lama Iwami, kami anak beranak berjalan-jalan di kawasan sawah padi di belakang bandar ini. Lanskap sawah yang berlatarbelakangkan kawasan berbukit cukup mendinginkan hati kami untuk menikmati pemandangan ini sepuasnya.



"Hora mite! otamashakuji.." (tengok tu! ada berudu..)
Kehijauan flora seperti ini masih lagi dipelihara di kawasan-kawasan pedalaman, yang sekaligus memberikan imej bahawa negara matahari terbit ini bukanlah sebuah negara yang hanya mementingkan kemajuan dengan terbinanya struktur-struktur yang merosakkan keindahan alam sahaja.


"Nani sore mama..." (apa tu mak?)
Namun begitu ada juga artis-artis seni yang cuba untuk membuktikan bahawa kemajuan dan ekosistem perlulah seiring supaya masing-masing tidak memecahkan keseimbangan antara satu sama lain. Hanya pendapat saya sahaja. Gambar di atas adalah hasil seni oleh seorang artis tempatan, Profesor Yoshida, yang bertemakan "Arts of Metal" atau seni keluli, yang begitu terkenal dengan karya seni kelulinya di seluruh Jepun. Beliau gemar menggabungkan hasil keluli beliau dengan alam semulajadi untuk memberikan suatu keunikan yang baru di dalam bandar lama Iwami ini. Karya-karya beliau boleh di lihat di sekitar bandar Iwami ini.


Jika anda masih ingat drama Oshin yang pernah ditayangkan di televisyen suatu ketika dahulu, beginilah rupa bentuk rumah semasa Oshin di zaman kanak-kanak dahulu. Saya cuba untuk masuk ke kawasan rumah ini untuk merakamkan kediaman dan keadaan di dalam rumah lama ini, namun begitu, ianya adalah kawasan larangan kerana sedang menjalani seisi pembaharuan interiornya.


"Mama mat te..!" (tunggu le mak..)
Selepas puas mencuci mata dengan kehijauan alam, kami menuju masuk ke dalam bandar Iwami. Ini bukanlah pintu masuk utama ke bandar ini. Ini adalah laluan penduduk tempatan untuk ke kebun mereka.

Sungai yang diberi nama sebagai "Ginzan Kawa" ini merupakan sumber air terpenting bukan sahaja bagi kegunaan penduduk tempatan, malahan sungai terpenting di dalam perlombongan bijih perak pada kurun ke 16 dahulu. Jambatan yang anda lihat di dalam gambar ini, telah dibina di dalam kurun tersebut, dan masih kukuh sehingga kini walaupun telah beberapa kali di rempuhi oleh bah besar. Inilah diantara beberapa teknologi yang dibanggakan oleh penduduk-penduduk Iwami pada zaman itu, selain dari teknologi tinggi di dalam pengeluaran bijih perak yang memberikan hasil yang berkualiti tinggi kepada Perak mereka.


Beberapa orang jurugambar dari luar daerah turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kebudayaan dan keindahan lanskap yang ada di bandar Iwami ini. Saya turut tertarik apakah yang ada di bawah jambatan "Ginzan Kawa" ini yang menarik minat kedua-dua orang jurugambar ini.


Oh...rupanya mereka cuba mengambil gambar candid kanak-kanak yang sedang mencari ketam batu ini. Pada pertengahan musim panas, iaitu di dalam bulan Ogos, sungai ini akan dihadiri oleh pelancong-pelancong di waktu malam bagi menikmati keindahan cahaya yang di terangi oleh sang "Kelip-Kelip". Kehadiran kelip-kelip ini membuktikan bahawa sungai Ginzan ini adalah bersih dan jernih, sesuai untuk mereka menjadikan sungai ini penginapan mereka di musim panas.


"Uwaahh..dekai neko!" (Besarnya kucing tu!..)
Kita masuk ke dalam kawasan bandar ni sikit. Ini adalah sebahagian dari suasana di pintu masuk bandar Iwami ini.

Kami meneruskan lagi perjalanan di dalam bandar ini.

Sehinggalah anak saya terhenti di kedai pakcik ini.

Kedai ini menjual barangan kraf dan juga barang permainan kanak-kanak yang antik, seperti gasing, kereta kayu dan juga guli. Kedua-dua pasangan suami isteri ini begitu ramah melayani pelanggan, disamping turut memberikan kata-kata nasihat kepada kami suami isteri supaya membesarkan anak dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang, memandangkan keruntuhan moral di kalangan remaja di sini yang amat kritikal akibat kurangnya perhatian dari ibu bapa yang sibuk bekerja.

Setelah agak separuh perjalanan, anak saya mula merengek kelaparan. Mujur juga di sebelah kedai mainan tadi ada kedai makanan.

"Soba" adalah sejenis mee yang diperbuat dari sejenis tepung yang dihasilkan dari biji benih bunga Soba. Ianya menjadi makanan tradisional rakyat Jepun sejak turun temurun. Kebiasaannya Soba dikaitkan dengan "Perpindahan", dimana pada setiap tahun baru iaitu pada jam 12malam 31hb Disember, apabila loceng-loceng kuil dibunyikan, mereka akan makan Soba ini untuk menyambut tahun baru, berpindah dari tahun sebelumnya ke tahun baru.

Selain daripada itu, Soba juga sering dijadikan buah tangan bagi mereka yang baru berpindah rumah di sesuatu kawasan baru. Mereka akan mengagihkan Soba ini kepada jiran-jiran baru sebagai menandakan kehadiran mereka. Pada zaman Edo (abad ke 16) dahulu, "Soba", membawa maksud "di sebelah", pada waktu itu setiap kali seseorang yang baru berpindah akan mengucapkan, "selamat berkenalan, saya datang berpindah di sebelah anda". Dan mereka akan meraikan perpindahan itu dengan memakan mee tadi. Lama kelamaan setelah turun kemurun, mee yang mereka makan di sebelah jiran baru mereka setiap kali berpindah, dengan sendirinya mendapat nama sebagai "Soba" atau "mee di sebelah".

"Nagaaaii..." (Panjangnya!)

Setelah kenyang dengan sejemput Soba, perjalanan diteruskan lagi.


Oleh kerana anak saya amat kekenyangan, kemengantukan beliau telah menyebabkan beliau merengek nak balik pula. Tapi silap saya juga, dah tahu bawa keluarga berjalan, sibuk ambil gambar sana sini.

Untuk mengakhiri siri ini, saya sertakan beberapa keping pemandangan di dalam bandar Iwami ini yang sempat dirakamkan sebelum balik. Maaf sekiranya keindahan bandar ini tidak sampai ke perasaan rakan-rakan, InsyaAllah, sekiranya ada masa untuk saya menembak lagi, saya akan datang lagi dan merakamkan dengan lebih teliti..(mungkin waktu tu dah basi..hehehe).




Apa tengok________________________________Jangan le intai..


"Otoosan...kaero..mou nemutai.." (Ayah..jom balik..adik dah mengantuk ni..)

Saya akhiri perjalanan ini dengan ucapan wabillah hitaufik walhidayah...wassalamualaikum wtb.

Lucky kamu ye kamachan. dapat duduk jepun. saya dah lama berangan nak pegi sana.
Penulisan kamu pun secantik gambar kamu.. Gambare!! (pardon my japanese..)
Mon 9-Jul-2007 06:03
Posted by:nasikdagang zhac321@yahoo.com
Terima kasih kawan sekampungku... Alhamdulillah..Allah memberikan rezeki saya di sini, jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi bersama-sama apa yang boleh saya dapati disini. Mon 9-Jul-2007 07:31
Posted by:kamachan  - [Link]
ini die cite & gambo menarik,suda jumpa.
en,ur pic so lovely!!
kipidap
Mon 9-Jul-2007 16:09
Posted by:ainiyah  - [Link]
cantik2 gambarnya! Tue 10-Jul-2007 04:16
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
wahh.. kamachang, sungguh indah dan nyamannya izumi ini pic menarik dan cerita yg cumel Wed 11-Jul-2007 01:13
Posted by:arepeace  - [Link]
menarik sekali cerita bergambar dan ada mesej tersendiri.... Sat 14-Jul-2007 05:22
Posted by:shashin07
Kamachan sonok baca hasil tulisana Kamachan . Dlm masa yg sama leh blajar bahasa Jepung
Kamachan nih kawen org jepun ke?
amik la gambo anak letak sekeping 2
Tue 17-Jul-2007 05:49
Posted by:Munirah  - [Link]
seronoknya dpt jalan2 kat japang. rasa damai je. disiplin btul org2 japang nie. satu sampah pun x nampak. respek habis Tue 17-Jul-2007 14:27
Posted by:Syahid (Oblind36) oblind36@gmail.com  - [Link]
seronok jumpa fotopages awak nih...byk ilmu yg boleh dipelajari. Gambar2 pon best!

http://mamatt.fotopages.com
Wed 18-Jul-2007 06:14
Posted by:mamatt  - [Link]
salam kamachan....
nice view la....suka bangat!!!!
leh la tunjuk ajar yer.....
Thu 19-Jul-2007 00:44
Posted by:mama eirdyna vivi_erna@yahoo.com  - [Link]
Kamachan assalamualaikum..
Something wrong somewhere with FP kan? Been trying to upload new images but it prompt out error message.. ARE YOU/YOU GUYS HAVING THE SAME PROBLEM??
p/s thanks di atas visit kamachan.. yeah your fp is full of stories tau
Tue 14-Aug-2007 00:52
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
yo ...kamachan u duk jepon ker?mesti brg photography murah kat saner...
Wed 10-Oct-2007 01:02
Posted by:UFO eclocx@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.