|
|
| Monday, 7-Jan-2008 03:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Syougatsu.
Syougatsu adalah nama perayaan bagi menyambut tahun baru di negara matahari terbit ini. Sama seperti di Malaysia, apabila sudah dekatnya ketibaan Hari Raya, suasana agak menjadi meriah dengan kesibukan mengemas dan menghias rumah, memasak, beli baju baru dan sebagainya. Di sini saya suka untuk berkongsi secebis rentetan mengenai bagaimana rakyat di Jepun membuat persediaan dan menyambut Hari Raya mereka yang dipanggil Syougatsu ini.
29 Disember 2007
Hari terakhir dalam tahun 2007 dalam kalender bekerja di dalam syarikat saya bekerja. Pada hari ini, kami perlu datang ke pejabat seperti biasa, tetapi kehadiran kami adalah untuk mengemas dan membersihkan pejabat dan kawasan sekeliling syarikat.
Kelihatan boss saya (jumper biru) turut sama pekerja bawahannya bergotong royong membersihkan kawasan sekitar pejabat.
Baik punya eye contact.
Selepas selesai membasuh lantai, lap cermin, buang semua fail-fail dan dokumen-dokumen lama, mengemas stor dan segalanya, kami perlu membasuh kereta masing-masing (kereta yang diberi oleh syarikat). Dan selepas membasuh, kami perlu menggantung ShimeNawa seperti gambar di bawah. Ianya adalah lambang bagi menyambut kehadiran tahun baru. Kalau yang digantung di depan rumah biasanya ada digantung dengan limau mandarin sekali.
Kerja-kerja mengemas dan permbersihan ini tamat dalam masa 3 jam. Dan pada pukul 11 pagi, upacara penutupan bekerja bagi seisi tahun 2007 pula dijalankan. Upacara ini dijalankan dengan penuh tertib dan hormat, sebagai menandakan ucapan terima kasih dari pihak pentadbiran syarikat di atas penat lelah pekerjanya yang telah memberi keuntungan kepada syarikat pada tahun ini.
Selepas ucapan ringkas dari pihak atasan selesai, upacara yang dinanti-nantikan oleh saya telah tiba. Upacara makan Soba (sejenis Mee). Seperti yang pernah saya ceritakan pada sedikit masa dahulu, Soba telah menjadi simbol peradaban masyarakat Jepun dalam memberi erti "Perpindahan" dari segi kebudayaan mereka. Perpindahan dari tahun lama ke tahun baru.
Jadual "bekerja" pada hari ini tamat pada pukul 12:00 tengahari. Dan pada sebelah petangnya, pada pukul 3 petang diadakan pula jamuan perpisahan, (berpisah dari tahun 2007).
Sekian dahulu Bab pertama.
30 Disember 2007
Pagi-pagi lagi selepas subuh isteri saya dah memanggil ajak mengemas rumah. Selepas pejabat, rumah pun nak kena kemas jugak. Tapi sayangnya, cuaca baik tidak berpanjangan sehingga ke hari ini. Di televisyen keluar kenyataan amaran mengenai ribut salji akan melanda mulai pagi ini sehingga menjelang tahun baru nanti.
Kalau hujan, kita boleh dengar rintik-rintiknya yang jatuh ke atas bumbung, tapi kalau salji turun, tak berapa sedar keadaan diluar. Oh ye, untuk pengetahuan semua, apabila masuk musim sejuk, kebanyakkan rumah di sini akan tutup rapat semua pintu dan tingkap serapat mungkin supaya udara sejuk tak dapat masuk. Kadang-kadang pada musim sejuk, satu malam je salji dah bertimbun, bangun dari tidur, bukak tingkap sikit, dah bertimbun tanpa disedari.
Hari ini bila saya bukak tingkap keadaannya dah macam ni.
Dalam suhu 2 darjah celcius, saya tekadkan hati untuk keluar selepas 1 jam duduk melangguk dalam rumah memanaskan badan. Sebelum isteri saya bising, dengan segala kelengkapan baju tebal, sarung tangan, topi telinga, saya keluar dari rumah bersama baldi dan kain lap untuk membersihkan tingkap di bahagian luar. Kedinginan hawa dingin memang cukup menyakitkan pipi ditambah pula dengan angin ribut yang agak kuat, menjadikan suhu lebih bawah dari 2 darjah celsius.
Selesai membersihkan tingkap di luar, saya terus berlari masuk kedalam rumah kerana tak tahan dengan cuaca sejuk. Alhamdulillah, isteri saya memang kiut, dah siap air lemon tea panas kat atas meja. Seharian keadaan ribut tidak sedikitpun menampakkan keredaan, membuatkan kami anak beranak tidak keluar rumah sehingga petang.
Namun begitu, di sekeliling rumah saya ini, jiran-jiran lain masih terus berusaha mengemas dan membersihkan rumah mereka walaupun dalam keadaan cuaca buruk.
31 Disember 2007
Pagi ini kami sekeluarga pergi ke rumah emak isteri saya untuk membantu membuat persiapan makanan untuk dihidangkan pada tahun baru nanti.
Pada sebelah petangnya kami bertolak pula ke Bandar Gotsu 30km dari Ohda (tempat saya tinggal sekarang) untuk menziarahi adik isteri saya pula.
Sebenarnya pada 3 tahun yang lepas, sedang rakyat Jepun sibuk membuat persiapan tahun baru pada tanggal 31 disember, anak lelaki kepada adik isteri saya yg baru berumur 4 tahun pada ketika itu telah meninggal dunia pada petang 31 disember 2004 akibat kemalangan jalanraya. Saya membawa emak mertua saya menziarahi kubur cucunya ini di Gotsu ini.
Sekitar adat penziarahan kubur oleh rakyat Jepun.
Selepas selesai upacara di atas, kami pergi ke rumah adik isteri saya tadi untuk jamuan makan keluarga yang hanya diadakan setahun sekali ini. Kalau takde tahun baru mungkin susah nak berkumpul macam ni kut..
Kalau diikutkan Jadual datuk bandar Ohda biasanya pada malam 31 ni ada persembahan bunga api di Jam Pasir Nima. Tetapi telah dibatalkan oleh kerana ribut salji yang masih melanda kembali pada sebelah malamnya, walaupun pada petang tadi sudah agak reda sedikit.
1 Januari 2008
Selepas sembahyang subuh, isteri saya terus ke dapur untuk menyiapkan juadah khas tahun baru. Walaupun ada yang beranggapan saya menyambutnya sama seperti rakyat Jepun, tidak..kami hanya meraikannya sahaja, memandangkan isteri saya yang sejak dari kecil telah sebati dengan budaya negaranya sendiri, maka dia rasa tak boleh nak lari dari kebiasaan setiap tahun membuat juadah khas untuk tahun baru.
Pagi-pagi lagi bau keenakan mentega yang disapu di atas frypan, menembusi hidung saya. Beberapa ketika kemudian diletakkan pula Kerang Hotate yang telah dibuang kerangnya dan disaluti dengan tepung jagung, kemudian ditaburkan pula garam serbuk hitam. Makin naik baunya. Begitulah diantara resepi mudah dalam ramuan masakan masyarakat Jepun, yang tidak memerlukan penggilisan atau pengisaran cili, bawang, halia dan sebagainya.
Wajah kerang hotate yang menunggu masa untuk saya ngap!
Selesai dengan urusan masakan kerang hotate, isteri saya beralih pula kepada masakan utama yang lebih dikenali sebakai "Oseichi Ryouri" (macam kat Malaysia masakan utama masa hari raya seperti Ketupat dan rendang gitu le).
Ye? Apa yang ada dalam masakan tu? Emm..yang ini pun tak pakai apa-apa resepi yang khas. Antaranya udang, udang tu hanya dibakar dan ditaburkan sedikit garam sahaja. Kemudian "Nori" atau lumut laut yang digumpal dan diikat (yang warna hijau kehitaman tu) yang dicelur didalam sos manis. Pucuk rebung yang direbus bersama parutan ikan aya kering. "Suku-dani" yang dibuat dari telur, rasanya seperti kuih akak di Terengganu. Ikan yang diperap bersama sos manis. Lebih kurang gitu le isi didalam 2 kotak bekal tu.
Ok..mungkin ramai bertanya apa jenis masakan kat belakang kotak bekal tu. Jawapannya adalah "Sashimi" atau lebih dikenali dengan makanan laut mentah. Mungkin ramai yang tak lalu nak makan benda mentah-mentah macam ni, tetapi memandangkan iklim kat sini dalam keadaan dingin senantiasa (kecuali musim panas), maka keadaan makanan mentah begitu selalu dianggap masih segar dan tak cepat busuk.
"Ama-Ebi" atau udang manis, yang tidak dimasak, hanya buang kulit kemudian terus dicicah dengan kicap dan wasabi. Rasa? daging dia manis. Tak rasa hanyir ke? emm..kalau dah biasa, dah tak peduli dah hanyir tu, lagipun ada rahsia untuk menghilangkan hanya tu. Di bawah ni adalah rahsianya.
Ini bukan ubi kayu atau ubi keledek. Saya ada sebut tadi mengenai "wasabi". Inilah bentuk asal Wasabi itu. Apa benda wasabi tu? Mungkin ramai pernah mendengar dan melihatnya dalam keadaan kisar (paste), dan mungkin ramai pernah merasai "keseronokannya" . Ye, wasabi ini biasanya akan dimakan bersama Sashimi tadi untuk menghilangkan hanyir makanan mentah. Ianya amatlah pedas dang menyengitkan. Bukan pedas di mulut, tetapi pedasnya adalah di rongga hidung. Zupp!!! piau!! hilang terus bau dan rasa hanyir.
Contoh Kombinasi wasabi dan sashimi.
Sebab apa saya sayang isteri saya? Sebab dia pandai mendecoratekan masakan sashimi tadi macam ni. ngeh ngeh...
Masakan ini dinamakan sebagai "Kaisen Donburi" atau Longgokan makanan laut. Ok lah kita habiskan kisah makanan tahun baru setakat ni dulu.
Lepas meraikannya di rumah sendiri, kemudian kami anak beranak pergi ke rumah mak mertua saya. Anak saya punya tak sabar untuk kesana, sebab nanti dapat Angpau. Ya seperti budaya Chinese, Melayu (walaupun bukan budaya asal) masyarakat Jepun juga mempunyai budaya Angpau ni. Budak-budak Jepun zaman sekarang kalau dapat Angpau bukan main, boleh beli PSP, PS3, Wii terus..
Sampai rumah mak mertua pun kena makan lagi, tapi saya tak sentuh banyak sebab perut dah boncit, Nak-nak kejap lagi nak tukar baju kepada suit pulak. Pukul 12.30 saya tukar baju untuk menghadiri majlis pembukaan tahun 2008 di pejabat pada pukul 1 nanti. Hari tu saya ada cerita pasal majlis penutupan tahun 2007 kan. Kali ini bukak le pulak. Tak pasal-pasal setia tahun kena pergi pejabat semata-mata untuk upacara macam ni.
Kelihatan pekerja-pekerja meberikan salam hormat tahun baru antara satu sama lain. Biasanya ucapan yang diberikan adalah berbunyi sebegini "Akemasite Omedetou Gozaimas, Kotoshi mo yoroshiku onegai shimasu". Selamat tahun baru, tahun ini pun...err..pojie sempai apa erk terjemahan dia?
Biasanya semasa majlis ucap tahun baru, mereka akan sambut secara "Kanpai" atau "Yumcha" dengan arak. Tetapi memandangkan sistem keselamatan jalanraya sekarang semakin strict, minum sikit je dah kena saman, maka sejak 10 tahun kebelakangan ini, syarikat saya telah mengubah ucapan acara "Kanpai" tu dengan air kopi tin dari vendor machine. Safe!..
Cakap pasal Kanpai ni, ada orang tanya saya, macam mana nko sesuaikan diri dalam masyarakat peminum ni, kan orang Jepun susah nak jadi geng kalau tak minum. Jawapan dia senang, jangan sekali-kali sentuh benda tu langsung...kalau dierang kanpai dengan beer ke socyu ke, korang kanpai le dengan air teh ke air oren ke. Kalau dierang paksa minum jugak, cakap le "Kamisama ga kaminari wo otosu yo"....(nanti tuhan saya panah petir kat saya). Takpe, kalau dierang marah pun, marah dierang time mabuk je, next day ok balik, tak ambil pusing.
OT pulak..
Sebelum Tuan Pengarah syarikat memberikan ucapan tahun baru, semua kena "Rei"..Tunduk hangguk pada bendera syarikat. kemudian tunduk lagi, kat boss, lepas boss habis berucap tunduk lagi. Dalam upacara ni adalah dekat 10 kali menghangguk kut.
Lepas tamat upacara hangguk menghangguk ni, saya terus balik ke rumah mertua. Lepas sembahyang zuhur, terus terlena pulak, letih malam semalam terkejar kesana kemari.
Penulis yang tak sedar gambarnya diambil apabila anaknya dan anak sedaranya berposing di sekeliling beliau.
2 Januari 2008
Ribut Salji yang melanda sejak 2 hari lepas, akhirnya reda juga pada hari ini. Malam semalam terpaksa tidur berbalutkan tuala pada hidung dan mulut, sebab tak mahu udara kering masuk. Bila udara kering yang dingin memasuki rongga mulut dan hidung, siksa nak tidur. Kenapa tak pakai pemanas? Minyak tanah mahal dah sekarang, stove (alat pemanas) pasang setiap bilik, tu pun masih tak mencukupi. Setiap bulan lebih kurang 40 liter minyak tanah digunakan. Memang seronok membayangkan cuaca sejuk kalau berada di Malaysia, tapi seksa realitinya.
Juadah pada pagi ini adalah lebihan Oseichi Ryori semalam. Udang Ama-Ebi yang berlebihan, dah tak boleh nak makan mentah2, sebab dah 2 hari umur dia. Jadi pagi tu untuk elakkan pembaziran, saya goreng dia dengan mentega dan sedikit garam.
Yang sebelah udang tu ialah "Ozeni" atau pulut tumbuk berendam. Ha..dalam ozeni tu ada pulut. Yang ni pun antara makanan yang popular masa tahun baru. Cerita makang lagi.
Pagi tadi masa merayau-rayau kat luar, saya nampak Gunung Sanbe dah jadi putih. Terus saya merancang untuk membawa keluarga kesana dalam tengahari nanti. Isteri saya cakap.."takdok masaloh..ok"
Lepas sarapan, kami terus ke rumah mak mertua saya dulu, mengambil 2 orang puteri untuk dibawa bersama ke Gunung Sanbe. Riuh rendah dalam kereta dengan nyanyian 3 cilik yang dalam kegembiraan untuk bermain salji.
Di kawasan rumah saya, di paras 20 meter dari paras laut, salji tidak bertimbun, sebab suhu permukaan di kawasan rendah agak tinggi, salji jatuh je cair, lagipun salji baru mula turun 2 hari lepas utk permulaan musim sejuk ni. Jadi baru di peringkat tak matang sangat lagi. Kalau nak yang betul-betul matang, dia dah dalam bentuk serbuk, yang dipanggil salji kering. Tapi kena tunggu suhu di langit menjadi -50 darjah dulu baru dapat salji kering macam tu. Yang jenis kering ni le bila jatuh ke bumi tak terus cair, dia akan stay tunggu kawan-kawan yang lain jatuh bedebub dan akan bertindan-tindan menjadikan ianya bertimbun. Kalau di bahagian utara sana, seperti Hokkaido, timbunan salji kadang-kadang boleh menenggelamkan rumah. lagi le seksa kalau dah bertimbun camtu.
Telah tiba di pertengahan perjalanan ke Gunung Sanbe. Dan wajahnya terus berubah seperti ini.
Untuk mengelakkan jalanraya dari terus menjadi beku, pihak bandaraya telah memperuntukkan kos untuk mamasang saluran paip cairkan salji pada permukaan jalan seperti dibawah.
Air tu datangnya dari kawasan SPA, air panas semulajadi yang tersimpan di pergunungan Sanbe.
Kadang-kadang walaupun hanya dipisahkan oleh sebuah bukit, keadaannya amat berbeza sekali. Disebelah sana, penuh dengan salji, disebelah sini takde salji langsung.
Makin mendaki bukit makin tebal timbunan salji. Sampai lampu isyarat pun boleh beku.
Kami sampai di padang bermain ski 30 minit selepas bertolak dari rumah. Kelihatan salji tidaklah sebegitu tebal seperti yang disangkakan. Hanya 60cm. Kalau diikutkan, untuk bermain ski atau snowboard, paling sikit salji yang perlu bertimbun adalah setebal 1m. Tapi disebabkan ramai sangat kemaruk nak main ski/snowboard, pihak pengurusan terpaksa juga le bukak seisi main ski pada tahun ni awal sikit. Kalau tak bukak, tak masuk duit.
Jangan pusing monitor anda, tempat letak kereta tu memang senget.
Agak ramai jugalah pengunjung pada hari itu. Maklomla cuti tahun baru sampai seminggu.
Inilah si cilik yang menjadi model utama saya. Nama dia Miwa-chan.
Oleh kerana kereta tidak dibenarkan dibawa masuk hingga kawasan main ski, kenderaan sebegini adalah yang paling ideal.
Sori. Begitulah nama yang diberikan kepada sampan ski ini. Permainan menggelungsur yang paling digemari oleh kanak-kanak.
Antara pemandangan di padang ski Gunung Sanbe.
Kana-chan, cilik kedua ghairah dengan "Hatsu Yuki" (salji pertama) untuk tahun ini.
Iliya-chan cilik ketiga.
Seronok.
Ni bukan lambang salib. Papantanda peringatan bahawa adanya persimpangan di hadapan.
Dah puas bermain, cilik-cilik tadi dah merenggek kesejukan. Dierang cakap tangan dah tak rasa apa pasal sejuk sangat, walaupun pakai gloves. Saya saya mengambil keputusan untuk pulang selepas 2 jam berada di situ. Dalam perjalanan pulang, salji yang turun di gunung Sanbe yang tidak henti-henti sejak kami datang, akhirnya telah menimbunkan semula jalanraya.
Walaupun menggunakan snow tayar, namun saya amat tidak suka memandu dalam keadaan begini, sebab mudah tergelincir. Dah le jalan pun curam. Kalau ada rantai boleh berkira lagi. Dengan kelajuan 5km, gear 1, akhirnya saya berjaya sampai ke jalan yang disimbahi oleh air Spa tadi.
Dalam perjalanan pulang, kelihatan matahari telah mula untuk menimbulkan wajahnya dari celahan rawak mendung.
Sekitar pemandangan kawasan pergunungan Gunung Sanbe.
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Sesampai nya di rumah, cilik-cilik tadi terus masuk ke kolam air panas yang disediakan oleh mak mertua saya.
Manakala saya.....
terus menjadi mat bangla yang diburu...
3 Januari 2008
Kehangatan sambutan tahun baru masih lagi belum reda walaupun sudah masuk musim sejuk<--(apa punya ayat daa). Hari ini kami sekeluarga merancang untuk melawat Izumo Taisya pula. Ianya terletak lebih kurang 30km dari rumah saya. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Jepun untuk melawat atau berkunjung ke kuil-kuil setiap kali tahun baru tiba untuk bersembahyang atau lebih tepat memohon doa untuk pelbagai tujuan.
Izumo Taisya adalah diantara Kuil yang agak popular di sini. Popularitinya adalah disebabkan ianya terkenal dengan "Tuhan Kekasih" atau "Tuhan Jodoh" yang menduduki di sekitar kawasan Kuil itu. Ramai muda mudi yang masih belum ada pasangan atau yang akan mendirikan rumahtangga akan berkunjung ke kuil ini untuk memohon agar berjumpa pasangan hidup atau agar tidak terputus kasih bagi yang sudah memiliki pasangan.
Selain dari itu, kuil ini juga sering dijadikan tempat berlangsungnya upacara perkahwinan. Berlatarbelakangkan Tuhan Kekasih yang tinggal dikawasan ini, mereka beranggapan dan mengharapkan agar perkahwinan yang akan dijalankan disini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu banyak juga kes cerai yang saya dengar hasil perkahwinan yang pernah dilangsungkan disini .
Kami pergi ke Izumo Taisya adalah bukan kerana untuk saya mencari isteri kedua, tetapi adalah kerana, pada hari ini akan berlangsungnya upacara perarakan yang diberi nama "Taisya Matsuri". Setiap mukim disekeliling Kuil Izumo Taisya ini akan menghantar wakil masing-masing untuk berarak disekeliling kuil ini, disamping akan singgah ke kuil ini, untuk memohon rahmat ke atas keselamatan dan keamanan kampung mereka. Jadi apa yang menariknya disini ialah upacara ini dijalankan dengan penuh tradisi dengan pelbagai alat muzik dan pakaian kustom yang menarik. Mari kita lihat serba sedikit mengenai Izumo Taisya ini dan juga Taisya Matsuri ini. jom jom
Setibanya di perkarangan tempat letak kereta, kelihatan Hinomaru (nama bendera Jepun) berkibar dengan megahnya di pintu masuk kuil ini.
Bunyi-bunyian paluan gendang dan siulan seruling sudah jelas kedengaran dari tempat letak kereta lagi. Kami bergegas ke tempat berlansungnya upacara perarakan itu.
Alat-alat muzik seperti Taiko (gendang) dan seruling yang digunakan.
Salah seorang wakil mukim yang berkustom sedang menjalankan upacara sambut tiba di hadapan kuil.
Kumpulan perarakan tadi akan singgah sebentar di hadapan rumah Ketua Sami ini untuk memohon rahmat sebelum meneruskan perarakan.
Mukim lain yang saya tak tahu apa nama mukimnya, singgah di hadapan kuil cawangan sebelum masuk ke kuil utama untuk bersembahyang.
Kita masuk lagi sedikit ke kawasan kuil cawangan ini.
Kelihatan beberapa kanak-kanak sedang membaling wang syiling untuk dilekapkan kedalam ShimeNawa (benda yang tergantung tu). Apa tujuan, saya pun tak tau.
Masuk ke dalam lagi sikit.
Pemandangan keadaan di dalam ruang legar kuil cawangan. Luas dalamnya. Beberapa orang sedang menekupkan tangan dan berdoa dari luar.
Setelah tamat mengamati kawasan sekeliling kuil cawangan, kami beredar pula ke kawasan Kuil Utama yang tidak berapa jauh dari situ. Sedang dalam perjalanan menuju ke Kuil Utama, satu lagi gerombolan kumpulan perarakan bergegas untuk masuk ke kuil cawangan.
Kawasan Kuil Utama ini meliputi kawasan lebih kurang 2000m persegi. Terdapat kawasan taman yang begitu luas. Landskap kawasan ini begitu menarik dengan senibina bangunan kuil ini yang telah dibina sejak beratus tahun dahulu, berlatar belakangkan bukit bukau yang menghijau. Kawasan taman yang berkonsepkan kehijaun dan batu. Emm..memang menarikla, tak reti ambe nak terangkan menerusi tulisan ni.
Kelihatan ayah dan anak-anaknya sedang sibuk mengikat "Omikuji" pada batang pokok. Omikuji adalah sehelai kertas yang tertulis "ramalan nasib" di dalamnya. Ianya akan dilipat terlebih dahulu supaya tidak nampak isi didalamnya. Biasanya ianya akan dijual di sekitar kawasan kuil ini. Selepas melihat nasib masing-masing didalam kertas tadi, mereka (pembeli) akan melipatnya sekali lagi dan kebiasaannya akan mengikatnya pula pada pokok-pokok atau pohon-pohon yang ada di sekitar kuil ini.
Ini adalah tempat Omikuji tadi dijual.
Kita masuk ke Laman utama kuil ini. Tapi sayang, kawasan kuil utama tidak dibenarkan masuk pula pada hari ini. Jadi saya hanya boleh mengambil gambar bagi kawasan sayap je la.
Sebelah kanan bangunan ni adalah kuil utama itu.
Apalaa nasib aku tahun ni ye...
Kumpulan pemain Taiko di kuil utama.
Saya keluar dari kawasan kuil utama, dan merayau-rayau pula ke halaman besar kuil ini. Terdapat pelbagai lagi bangunan yang baru dan lama di sini.
Kalau anda dapat lihat bangunan berdekatan dengan bukit itu, itule kuil utama...tapi sayang tak boleh masuk pulak.
Pemandangan sekitar kawasan halaman kuil ini.
Omikuji berbentuk kayu.
Salah seorang kanak-kanak yang menyertai kumpulan perarakan.
Sister kuil..pandai-pandai je aku letak sister..layan..
Rumah-rumah bagi tuhan-tuhan kecil yang menyokong kuil utama.
Pemandangan dari kawasan taman di belakang kuil utama.
Tamat disini dahulu kisah mengenai Izumo Taisya.
4 Januari 2008
Masuk hari keempat tahun 2008. Cuaca pada hari ini agak baik. Emm..agak pelik dengan suhu pada hari ini. Diramalkan suhu akan naik kepada 8 darjah celsius (suhu purata pada waktu ini ialah 1 hingga 3 darjah celsius pada setiap tahun), suhu yang sama pada permulaan musim bunga. Walaupun masih lagi di permulaan musim sejuk, apakah ini petanda awal "Warm Winter" seperti yang diramalkan sebelum ini, ataupun ianya kesan dari Global Warming seperti yang diwar-warkan oleh Albert Arnold Al Gore. Wallahualam.
Pada hari ini merupakan kemuncak sambutan tahun baru bagi diri saya, kerana pada hari ini, saya berpeluang untuk merakamkan detik-detik muda mudi masyarakat Jepun yang berusia 20 tahun menyambut atau meraikan hari kematangan mereka. Upacara ini diberi nama sebagai
"SEIJIN SHIKI".
Apa itu "menyambut hari kematangan"? Di negara Jepun telah menjadi budaya masyarakat mereka, yang menggariskan umur kematangan belia akan diiktiraf apabila mencapai usia 20 tahun. Pada ketika ini, mereka layak untuk menggauli golongan dewasa dan perlakuan mereka tidak lagi dibatasi dengan undang-undang seperti tidak boleh merokok, tidak boleh minum arak, tidak boleh menjalankan sex bebas dan sebagainya.
Namun begitu ianya hanyalah sebagai garis panduan dalam masyarakat mereka sahaja, memandangkan soal sosial muda mudi di Jepun dewasa ini sudah tidak berapa diendahkan lagi. Komuniti dewasa masyarakat Jepun sejak kebelakangan ini, yang takut untuk menegur atau tidak mengambil kisah perilaku negatif golongan remaja sebelum mereka mencapai usia matang, telah menyebabkan para remaja sekarang makin liar dan boleh membuat apa sahaja sesuka hati mereka. Emm..kalau nak kira, kebanyakkan kes-kes jenayah sejak 10 tahun lepas, banyak melibatkan golongan remaja di bawah usia 20 tahun.
Antara mereka yang terawal sampai ke perkarangan majlis. Ye, upacara ini adalah upacara paling bermakna bagi gadis-gadis masyarakat Jepun. Pemakaian Kimono sebegini, mungkin akan menjadi pemakaian sekali dalam seumur hidup mereka. Jadi untuk hari ini, ibu bapa terpaksa membelanjakan lebih kurang dalam 300,000yen atau RM10 ribu, hanya semata-mata untuk membeli Kimono ini dan juga seisi mengambil gambar di kedai gambar.
Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke dewan majlis.
Menunggu rakan.
Mana ni tak sampai lagi ni.
Ha!..baru nampak batang hidung.
Cara pemakain "Oobi" atau belengkung yang nampak begitu rumit.
Sedang saya merakamkan gambar, tiba-tiba kedengaran suara dari belakang saya, suara seorang gadis, dengan lembutnya menegur saya "sumimasennnn...syashin totte moraemasenka" (maafkan saya, boleh tolong ambilkan gambar tak?). Saya jawab.." ii su yo". Rezeki...hihihi..
Ala-ala group photo. Yang mana takde calon lagi tu, ha! bid le cepat..hihihi..
Lepas bergambar semua cabut lari. Jumpa kawan bukan main suka, maklumle lepas habis sekolah menengah (18 tahun) masing-masing bawak hal sendiri, sampai le umur 20 tahun, bertemu kembali di majlis seperti ini, lepas ni berpisah lagi.
Awak tauu..rambut ni kan, saya set kat saloon sana tu, yang glemer tu, yang mahal tu, habis dekat ratus-ratus tau...
10.30 pagi, semua hadirin yang berkenaan perlu memasuki dewan untuk memulakan majlis, saya tak boleh masuk sebab anak saya ada 16 tahun lagi nak capai usia camtu dan saya sendiri dah terlepas usia camtu. ngeh ngeh..
Asyik tengok pompuan je. Yang ni rupa custome tradisional pihak lelaki. Yang tak berapa ambil pusing pasal fashion2 ni, hanya pakai suit hitam sahaja. Ada juga yang angan-angan nak jadi artis camni.
Kita rehat jap minum kopi, sebab semua dalam dewan. Nanti dia orang keluor kitatembak lagi.
Selepas sejam upacara di dalam dewan dijalankan, sekali lagi mereka berarak keluar dan berkumpul di perkarangan hadapan dewan ini tadi. Gembiranya mereka setelah diisytiharkan sebagai dewasa. Tapi saya rasa bukan sebab tu kut, yang nampak dia orang ni gembira ialah lebih kepada sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Wallahualam..
Kan saya dah cakap...
Bukan main cek abang ni awek ambil gambar dia..
Tiba-tiba...
"Kaori channnnnn!!!!" hehehe..terkujat aku.
Peace!!
Chong-mage zaman moden.
Saya agak terharu melihat gadis ini yang memegang gambar rakannya yang telah meninggal dunia, untuk sama-sama meraikan hari kedewasaan bagi pihak rakannya itu juga.
Begitu juga dengan gadis di sebelah paling kanan yang turut gembira dapat sama-sama meraikan hari dewasa bersama roh (mungkin) rakannya itu.
Cantik tak baju I?..
Sekali lagi khidmat saya diperlukan. Makin lama, diri saya makin dikelilingi oleh gadis-gadis manis ini. Baru saya sedar, saya dah termasuk dalam group ramai-ramai ni. Rezeki...
Dan makin banyak yang memerlukan khidmat free saya. Free le sebab comey..ngeh ngeh..
Akhirnya dapat jugak saya keluar sedikit dari gerombolan gadis comey tadi. Tarik nafas sikit.
Eh! tu bukan si Yasuko yang suka raging junior tu...
"Aku tak kira...aku nak jugak dia tu menjadi isteri aku..."
Inilah gerombolan gadis-gadis yang saya cakap tadi.
Setelah hampir 30 minit merayau-rayau dalam upacara ini, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah, walaupun dalam hati masih banyak lagi saya nak shoot. Tapi terpaksa balik, sebab takut nanti dianggap "Hentai" or maniac pulak, tak pasal-pasal kena hantar ke balai polis sebelah dewan ni ha. Tapi sepanjang shooting saya semasa majlis ini, saya agak bertuah, kerana walaupun tak kenal sesiapa pun dalam group tadi, tetapi dengan khidmat percuma saya tolong ambil gambar, mereka langsung menjadi mesra dengan saya, lalu membenarkan saya untuk merakamkan gambar-gambar mereka. Kena banyak senyum dan banyak tegur le kalau nak mesra cepat, tak boleh shoot hendap-hendap, nanti kena tangkap malu.
Okey lah saya akhiri siri Seijin Shiki kali ini disini dahulu. Mungkin siri ini merupakan siri terakhir bagi siri Liputan Sambutan Tahun Baru yang telah saya tulis sejak seminggu ini. Sebab hari kelima, saya dah tergolek kat rumah, walaupun masih lagi ada event-event yang menarik di luar sana. InsyaAllah, kalau ada bonus track, saya akan isi sikit lagi siri ini. Tapi saya rasa cukuplah sampai disini dahulu buat kali ini. Alhamdulillah, berjaya juga saya siapkan homework ni.
Terima kasih kepada semua yang mengikuti kisah yang tidak seberapa dari saya ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan penuh utk siri kali ini. Ampun dan maaf sekiranya bahasa penulisan saya ini tidaklah setanding dengan wartawan atau novelis yang lagi power karangannya. Akhir kata, sambutlah salam mesra dari kejauhan dari saya.
Dengan rasminya, saya akhiri Liputan "Syougatsu di Jepun" ini dengan lafaz, wabillah hi taufik walhidayah wassalamualaikom wbt.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Dec-2007 03:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Taiko
Sejarah asal Taiko.
Secara ringkasnya, Taiko bermaksud gendang. Taiko pada asalnya digunakan di medan perang semasa zaman perebutan Tenka (takhta), bagi memberikan semangat kepada para pejuang untuk berperang. Kehebatan saiz "Taiko" pada zaman itu memberikan pelbagai tujuan dan makna kepada pejuang-pejuang semasa di medan peperangan . Pada awalnya, rekaan Taiko adalah amat besar bagi memberikan kesan bunyi yang bergema bagi menakutkan musuh di seberang.
Gambar ini dirakamkan secara kebetulan ketika saya dan keluarga bersiar-siar ke perkampungan Mizuho. Permainan Taiko ini dimainkan bersempena meraikan kampung Mizuho yang terpilih padinya untuk dipersembahkan atau dijadikan beras bagi kegunaan pihak Diraja (Tenno) Jepun pada tahun ini. Saya berasa amat bertuah kerana dapat menikmati persembahan ini. Selain meraikan perlantikan kampung Mizuho sebagai "Beras Diraja" pada tahun ini, permainan Taiko ini juga bertujuan mendoakan agar serangga-serangga tidak mengganggu tumbesaran Beras Diraja ini. Saya dapat tahu perkara ini setelah bertanyakan mengenai keraian ini pada salah seorang penduduk disitu. Saya cukup terharu dengan keramahan mereka.
Memandangkan populariti penggunaan Taiko semakin berkembang, ianya telah mendapat tempat di dalam seisi keagamaan. Dua agama utama pada ketika itu, Shinto dan Buddha telah mengaplikasikan penggunaan Taiko sebagai alat komunikasi di dalam kampung, dimana ianya menjadi alat pemberitahuan untuk memberitahu tentang ribut yang akan mendatang, dan juga ianya akan dipalu bagi menandakan bermulanya musim menuai padi.
Oleh kerana perihal keagamaan semakin banyak mengelilingi Taiko ini, hanya lelaki-lelaki yang suci dan terlantik sahaja dibenarkan untuk memalu Taiko ini. Kebanyakan Taiko yang digunakan di dalam perkara-perkara suci keagamaan, masih berada di dalam kuil-kuil sehingga kini. Hakikatnya, oleh kerana saiz Taiko yang teramat besar, kuil-kuil juga perlu direka berpusatkan Taiko tadi dan ianya tiada cara lain untuk membawanya keluar selain membuat perubahan yang besar kepada struktur kuil itu sendiri.
Taiko Moden.
Taiko moden telah ditubuhkan oleh Daihachi Oguchi pada tahun 1951. Dari ketika itu sehinggalah sekarang, permainan Taiko bukan sahaja dimainkan untuk perayaan-perayaan tertentu sahaja, malah ianya juga telah dikomersialkan bagi mengisi permintaan acara-acara rasmi dan tidak rasmi di pelusuk bandar dan kampung. Malah lebih dari itu, Taiko juga telah melepasi peringkat global, dimana permintaan terhadap kebudayaan ini telah menjalar dan meresap di kalangan penduduk luar dari Jepun ini sendiri. Kadang-kala kita boleh lihat, ada diantara para pemain Taiko adalah terdiri dari warga asing, dimana mereka datang ke Jepun hanya semata-mata untuk belajar dan menyertai kumpulan permainan Taiko.
Persembahan Taiko
Secara ringkasnya dan amnya persembahan Taiko boleh dibahagikan seperti dibawah:
1.Multi-drum, multi-player, atau lebih dikenali sebagai KUMIDAIKO.
-Dua atau lebih pemalu memainkan lebih dari satu jenis Taiko. Persembahan sebegini adalah yang amat popular sekarang.
2.Multi-drum, one player.
-Seorang pemalu memainkan lebih dari satu jenis Taiko.
3.One drum, multi-player
-Dua atau lebih pemalu memainkan satu jenis Taiko.
4.One drum, one player.
-Seorang pemalu memainkan satu Taiko.
Sekian kisah yang tak seberapa dari saya.
Sumber Rujukan : Wikipedia
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Nov-2007 09:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 09:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Tenryo Odori Festival.


|
|
|
|
|
|
| Saturday, 27-Oct-2007 12:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senja Nan Merah
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Aug-2007 11:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Masuk musim panas ni banyak sungguh pesta di sana sini. Sampai tak sempat nak susun gambar dalam folder. Boleh dikatakan minggu ini sahaja ada 4 jenis pesta. Maafkan saya, saya tak sempat nak buat ulasan lebih lanjut mengenai pesta-pesta yang ada pada masa ini, saya hanya upload kan dulu beberapa rakaman yang sempat saya ambil.
Nagai Yuko. Begitulah nama anak tempatan yang berasal dari kepulauan Kyusu yang baru berusia 28 tahun ini. Gambar ini diambil semalam, 4/8/2007 semasa Ohda Festival dan juga pertunjukkan bunga api diadakan di pelabuhan Kute.
Nagai Yuko adalah seorang penyanyi lagu-lagu asli di sini (atau lebih dikenali sebagai Enka), yang mana beliau telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bagi Warisan baru dunia, iaitu Iwami Ginzan (bandar lama di Ohda sini). Beliau adalah artis baru dan tetapi telah mendapat nama di persada seni lagu-lagu asli dan juga di layar perak.
Walaupun nama beliau belum begitu cukup popular, namun keramahan dan lawak jenaka yang diselitkan semasa beliau beramah mesra dengan penonton, membuatkan penonton tidak jemu untuk mengikuti persembahannya sehingga tamat. Kerana kebiasaannya, bagi sesetengah penyanyi lagu asli yang baru hendak naik, persembahan "kampung" seperti ini tidak begitu berjaya menarik ramai penonton.
Kemerduaan dan suara yang lunak beliau, telah berjaya membuatkan penonton tidak mengubah punggung mereka. Setelah tamat persembahan beliau, barulah saya dapat tahu, bahawa ini adalah salah satu seisi konsert jelajah seluruh Jepun beliau, dan telah mempromosikan sendiri album beliau pada hari itu (sistem promosi yang biasa dijalankan oleh artis-artis yang baru nak naik disini).
Diharapkan beliau akan terus berjaya dalam bidang seni lagu-lagu asli di masa akan datang. Saya tak beli album beliau kerana, syarikat saya telah memborong sebanyak 50 keping CD untuk diagih-agihkan kepada pekerja, dan saya telah memilikinya. Selamat maju jaya NAGAI YUKO cyan!!
oleh : Kamachan
Natsu Matsuri (Pesta Musim Panas)
(Ini adalah siri sambungan dari siri Nagai Yuko).
Akhirnya ada jugak kelapangan untuk saya meneruskan topik ini. Kali ini saya nak bercerita mengenai Pesta Musim Panas di sini. Musim panas adalah suatu musim yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata di sini, menandakan bermulanya pesta-pesta yang begitu menyeronokkan.
Di antara pesta yang biasa di jalankan secara tradisionalnya ialah seperti tarian Bon Odori, tarian jalanan (kalau di Ohda sini dipanggil Tenryo Odori), pesta bunga api dengan gerai-gerainya, Pertunjukkan Kagura (opera) dan juga pelbagai jenis pesta yang tak dapat saya senaraikan disini. Kalau nak diikutkan di dalam kalender musim panas di daerah Shimane ini sahaja, boleh dikatakan ada sahaja pesta di mana-mana kampung setiap hari.
Tenryo Matsuri (Festival Tenryo)
"Tenryo Matsuri" adalah nama festival khas untuk festival di bandar Ohda sini. Kalau di bandar lain ada yang diberi nama "Suigai Matsuri", "Gonokawa Matsuri", "Hamako Matsuri" dan bermacam lagi mengikut nama bandar.
Tenryo Matsuri diadakan selama 2 hari berturut-turut. Bermula dengan pertunjukkan bunga api pada hari pertama sehinggalah kepada tarian jalanan atau Tenryo Odori pada hari kedua. Kali ini saya kongsikan dahulu perayaan pada hari pertama Tenryo Matsuri ini, "Hanabi Taikai" memberi makna pertunjukkan bunga api.
Ini adalah kali pertama saya merakamkan acara pertunjukkan bunga api, masih banyak yang perlu saya pelajari. Banyak rakaman yang gagal
Cara dan gaya persembahan bunga api agak berlainan setiap tempat. Pertunjukkan bunga api di Bandar Ohda ini telah diadakan di perkampungan nelayan Kute. Sedikit yang saya tidak berapa gemari dengan pertunjukkan bunga api di bandar Ohda ini ialah pengumuman pihak penyumbang yang membayar atau mengeluarkan duit untuk pertunjukkan ini yang di selang selikan dengan bunga api. Jadi agak lembap persembahan di Bandar Ohda ini.
Kalau di Bandar Matsue (60km dari Ohda), sebanyak 6000 das bunga api yang dijalankan selama sejam membuatkan kehebatan pertunjukkan di Matsue lebih menyerlah dan impak yang amat mendebarkan dengan pertunjukkan bunga api yang berterusan.
Di atas adalah diantara beberapa jenis bunga api yang agak mezurashi (pelik) di sini. Di sebelah kiri adalah bunga api berbentuk rama-rama. Kanan pula adalah berbentuk orang senyum. Maaf, rakaman ni gagal!!..rugi rugi...
Diantara bunga api yang paling popular sejak 10 tahun kebelakangan ini. Bunga api air. Jurutera bunga api akan menaiki bot, dna menyalakan sumbu bunga api lalu di baling bunga api itu ke dalam air. Dalam masa beberapa saat, bunga api tadi akan memercikkan keindahan dirinya dari dalam air menerjah ke permukaan air. Saya cukup suka dengan bunga api air ini kerana ianya terpercik dalam jarak yang terlalu dekat membolehkan kita melihat keindahannya dengan lebih impak.
Bunga api tergantung.
Diantara suasana di gerai-gerai makanan dan minuman di sekitar pertunjukkan bunga api ini. Deretan kedai ini menjangkau lebih kurang 200 meter. Seoalah-olah pasar malam di Malaysia, saya paling suka dengan sotong bakar disini. Harganya lebih kurang RM15.00 sekeping.
Budaya pada 2007
Apa yang cukup menyeronokkan saya pada pertunjukkan bunga api ini ialah pemakaian pakaian tradisional yang di panggil "Yukata" yang dikenakan oleh gadis-gadis Jepun dan juga "Jinbe" yang dipakai oleh orang lelaki. Pelbagai jenis corak dan warna menyerikan lagi si pemakai, melekakan saya memerhatikan kecantikkan mereka.
Namun begitu, ada juga di kalangan muda mudi yang lebih suka memperagakan fesyen moden musim panas yang terbaru. Saya cukup suka dengan pertembungan dua budaya fesyen ini.
Kali ini saya tidak membawa keluarga bersama kerana si mamanya bersantai ke rumah kawannya. Disamping menikmati persembahan Nagai Yuko sehingga tamat persembahannya dan membolehkan saya bersantai di pelabuhan ini sehingga lewat malam.
Sekian sahaja buat perayaan pada hari pertama ini.
Kamachan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Jul-2007 23:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Mononobe Kagura
Assalamualaikum.
Pada Rabu minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari tapak projek ke pejabat saya, sedang saya melintas di kuil Mononobe, kelihatan seperti ada persiapan untuk sesuatu keraian pada malam itu. Selepas menyiapkan kerja di pejabat, saya bergegas kembali ke kuil tadi untuk mengetahui lebih lanjut apa yang akan berlaku pada malam itu.
Diantara penduduk kampung yang bergegas untuk membantu persiapan keraian pada malam itu.
Hanya dua buah gerai makanan menjalankan perniagaan. Disebelah kiri ialah gerai air batu campur, manakala di sebelah kanan menjual "Hashimaki" sejenis makanan yang menyerupai popia dan juga sotong bakar.
Saya masuk kedalam kawasan Mononobe ini untuk meninjau-ninjau persiapan yang sedang dijalankan. Dalam perjalanan masuk kelihatan deretan tanglung empat segi yang agak unik, digantungkan di sepanjang jalan masuk.
Ini adalah tanglung yang dihasilkan oleh kanak-kanak tadika di hadapan kuil ini. Di dalamnya terdapat sebatang lilin yang bakal dinyalakan pada keraian ini nanti.
"Yuki-chan no wa kore jyanai" (Yang ni kan Yuki-chan punya..).
Saya terserempak dengan segerombolan manusia yang berpusu-pusu masuk ke kuil ini. Kuil Mononobe merupakan kuil cawangan bagi kuil besar Izumo Taisya yang terletak 30km dari sini. Kuil besar Izumo Taisya dipercayai mempunyai hubung kait dengan kepercayaan "Tuhan Kekasih" iaitu kebanyakkan muda-mudi yang ingin mendirikan rumah tangga akan datang ke kuil Izumo Taisya untuk bersembahyang, mendoakan agar mereka memperolehi pasangan untuk berkahwin. Manakala kuil Mononobe pula lebih dikaitkan dengan "Tuhan Keselamatan" di mana ramai akan datang kesini untuk mendoakan keselamatan dari segi keselamatan di jalan raya, di tempat kerja dan juga keselematan dari segi rohani.
Mononobe Kagura. Mononobe ialah nama kuil, Kagura pula ialah pentas opera yang dijalankan di kuil-kuil. Kagura adalah salah satu Festival Tradisional yang banyak dijalankan dalam musim panas. Jika anda ingin mengenali Festival kebudayaan Jepun dengan lebih dekat, datanglah pada musim panas kerana, disetiap ceruk bandar hinggalah ke kawasan pedalaman, pastinya kita akan terserempak dengan acara kebudayaan sebegini pada setiap minggu.
Persiapan pentas opera Mononobe Kagura.
Mama: Yuki-chan hayaku kaette saki tabeyo ya..7:30 kara hajimaru datte (Ibu: Yuki-chan, jomle balik makan dulu..pukul 7:30 kang baru start)
Saya lihat jam pada telefon bimbit saya, masih pukul 6.45. Terus saya menelefon isteri mempelawa keluarga untuk menyaksikan keraian ini.
Selepas solat maghrib dan makan malam, kami bertolak ke kuil Mononobe pada jam 8:00 malam. Keadaan angin yang agak kuat pada malam itu agak mendinginkan tubuh walaupun sudah masuk musim panas.
Kami sampai setelah persembahan Kagura 30 minit dijalankan. Setibanya kami disana, kelihatan kelibat-kelibat penonton yang penuh memenuhi ruang hadapan berhampiran pentas. Dengan kelengkapan kamera yang minima, saya cuba mencari sudut untuk merakamkan pelakon-pelakon opera dengan lebih berkesan. Setelah meminta maaf daripada orang ramai untuk memberi laluan, akhirnya saya dapat menghampiri pentas di sebelah kiri, yang agak kurang menarik sudutnya.
Ada 5 peringkat persembahan Kagura ini. Maafkan saya kerana tidak membuat sebarang ulangkaji mengenai kebudayaan ini, oleh itu saya tidak boleh menceritakan secara terperinci mengenai latar belakang "Kagura" ini. Cuma apa yang boleh saya ceritakan secara ringkas berdasarkan cerita dari isteri saya yang telah sebati dengan persembahan-persembahan sebegini, beliau memberitahu bahawa "Kagura" atau opera kali ini adalah mengenai Pahlawan-pahlawan di zaman dahulu kala yang mempertahankan daerah mereka dari anasir-anasir atau lembaga-lembaga yang menyerupai pelbagai bentuk binatang dan jin yang sering mengganggu penduduk setempat.
Pelakon-pelakon opera dan juga pemain muzik opera ini adalah terdiri dari kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur antara 9 hingga 12 tahun. Mereka terdiri dari pelajar beberapa buah sekolah yang dihantar oleh ibu bapa mereka pada setiap hari Ahad untuk seisi latihan di Kuil Tsuchie. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pelajar-pelajar ini bukan datang berlatiih untuk mengisi ko-kurikolum sekolah mereka, tetapi adalah berdasarkan minat mendalam dalam pentas opera Kagura ini.
Ikutilah beberapa babak yang telah dirakamkan. Saya juga ingin mengajak rakan-rakan untuk menikmati kecantikan pakaian-pakaian yang digunakan dalam persembahan ini, disamping cuba meneka watak-watak yang dipaparkan oleh topeng-topeng dalam gambar ini nanti. Selamat berhibur.
Babak Berlawan.
Aippp!..mana mau lari haa..
Agghh..sampainya hatimu..
Hiyarkkhh...kalau berani, masuk..masuk..
Kumpulan Pahlawan.
Kumpulan Jin

Kumpulan Pemain Muzik
Perjalanan opera Kagura ini memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Namun begitu, penonton-penonton tidak berganjak dari terus menyaksikan persembahan ini.
Kanak-kanak adalah diantara penonton yang paling seronok dengan keraian seperti ini. Kadang kala jin-jin bertopeng tadi akan turun ke bawah pentas dan akan mengejar kanak-kanak bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka. Teriakan kanak-kanak jelas kedengaran, memekik meminta tolong atau meraung-raung supaya jin tadi tidak datang kepada mereka sambil menekup muka mereka. Ada diantara mereka pula yang nakal dan akan mengejar jin ini sambil menarik-narik ekor yang dilekatkan pada pakaian anasir jahat tadi.
Iyaaaahh!!..lariii...
Kanak-kanak ini telah disergah oleh anasir bertopeng setelah mereka mengendap di sebalik bilik menukar baju.
"Mama..sakki ne..ne..ne...atashi ne..busaiku oni wo micyatta yo!.." (Ibu..tadi kan..kan..kan..adik nampak jin yang hodoh sangat)
Sedang asyik memerhatikan jin-jin yang bakal mengusik mereka sambil menikmati air batu campur berperisa strawberi mereka.
Setelah agak lama saya berada di depan pentas, saya beredar sebentar dari kawasan pentas, dan bersiar-siar di kawasan kuil. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang mendaki tangga menuju ke ruang hadapan kuil. Saya ekori mereka dengan harapan dapat menyaksikan mereka bersembahyang di hadapan kuil itu.
Jangkaan saya tepat.
Sebelum bersembahyang, mereka akan mengeluarkan beberapa keping syiling untuk dibaling ke dalam kotak, tempat kanak-kanak beryukata merah itu bersandar.
Apalah agaknya yang didoakan oleh kanak-kanak ini.
Sedang asyik saya merakamkan gambar kanak-kanak ini, saya disedarkan dengan laungan anak saya yang memanggil-manggil nama saya mengajak pulang ke rumah. Walaupun masih tinggal satu lagi babak Kagura, namun saya akur dengan kehendak anak saya yang dari tadi meronta-ronta meminta dibelikan air batu campur di hadapan kuil ini.
Sekian dahulu, buat kali ini. Diharapkan rakan-rakan terhibur dan mendapat sedikit maklumat mengenai diantara kebudayaan yang ada di kawasan sekitar tempat saya tinggal ini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, saya akan menulis pula tentang satu lagi siri menarik di masa akan datang.
Sekian, Assalamualaikum...
Jurugambar: Kamachan
Penulis: Kamachan
Alih Bahasa: Pun saya
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jul-2007 04:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iwami..
|
|
Julai di Iwami
Petang tadi saya membawa keluarga berjalan-jalan ke Iwami Ginzan, pertama kali selepas ianya di umumkan sebagai Warisan Khazanah Dunia pada minggu lepas. Keadaan di Iwami Ginzan amat berbeza sekali selepas ianya diwartakan sebagai Warisan Dunia. Apabila melihat kenderaan-kenderaan yang datang, 90% adalah bernombor pendaftaran dari luar daerah Shimane ini. Begitu ramai pelancong-pelancong yang menggunakan cuti mingguan ini untuk memerhatikan dengan lebih dekat apakah yang menarik di dalam Warisan Dunia yang baru ini.
Saya mulakan dengan bacaan bismillah.
(Maaf, mungkin ramai yg tak bersetuju dengan komposisi yang terdapat di dalam gambar-gambar saya, termasuk saya sendiri. InsyaAllah saya akan memperbaikinya di masa-masa akan datang.)
"Mama! hayaku kite.." (jom le mak!)
Sebelum masuk ke bandar lama Iwami, kami anak beranak berjalan-jalan di kawasan sawah padi di belakang bandar ini. Lanskap sawah yang berlatarbelakangkan kawasan berbukit cukup mendinginkan hati kami untuk menikmati pemandangan ini sepuasnya.
"Hora mite! otamashakuji.." (tengok tu! ada berudu..)
Kehijauan flora seperti ini masih lagi dipelihara di kawasan-kawasan pedalaman, yang sekaligus memberikan imej bahawa negara matahari terbit ini bukanlah sebuah negara yang hanya mementingkan kemajuan dengan terbinanya struktur-struktur yang merosakkan keindahan alam sahaja.
"Nani sore mama..." (apa tu mak?)
Namun begitu ada juga artis-artis seni yang cuba untuk membuktikan bahawa kemajuan dan ekosistem perlulah seiring supaya masing-masing tidak memecahkan keseimbangan antara satu sama lain. Hanya pendapat saya sahaja. Gambar di atas adalah hasil seni oleh seorang artis tempatan, Profesor Yoshida, yang bertemakan "Arts of Metal" atau seni keluli, yang begitu terkenal dengan karya seni kelulinya di seluruh Jepun. Beliau gemar menggabungkan hasil keluli beliau dengan alam semulajadi untuk memberikan suatu keunikan yang baru di dalam bandar lama Iwami ini. Karya-karya beliau boleh di lihat di sekitar bandar Iwami ini.
Jika anda masih ingat drama Oshin yang pernah ditayangkan di televisyen suatu ketika dahulu, beginilah rupa bentuk rumah semasa Oshin di zaman kanak-kanak dahulu. Saya cuba untuk masuk ke kawasan rumah ini untuk merakamkan kediaman dan keadaan di dalam rumah lama ini, namun begitu, ianya adalah kawasan larangan kerana sedang menjalani seisi pembaharuan interiornya.
"Mama mat te..!" (tunggu le mak..)
Selepas puas mencuci mata dengan kehijauan alam, kami menuju masuk ke dalam bandar Iwami. Ini bukanlah pintu masuk utama ke bandar ini. Ini adalah laluan penduduk tempatan untuk ke kebun mereka.
Sungai yang diberi nama sebagai "Ginzan Kawa" ini merupakan sumber air terpenting bukan sahaja bagi kegunaan penduduk tempatan, malahan sungai terpenting di dalam perlombongan bijih perak pada kurun ke 16 dahulu. Jambatan yang anda lihat di dalam gambar ini, telah dibina di dalam kurun tersebut, dan masih kukuh sehingga kini walaupun telah beberapa kali di rempuhi oleh bah besar. Inilah diantara beberapa teknologi yang dibanggakan oleh penduduk-penduduk Iwami pada zaman itu, selain dari teknologi tinggi di dalam pengeluaran bijih perak yang memberikan hasil yang berkualiti tinggi kepada Perak mereka.
Beberapa orang jurugambar dari luar daerah turut tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kebudayaan dan keindahan lanskap yang ada di bandar Iwami ini. Saya turut tertarik apakah yang ada di bawah jambatan "Ginzan Kawa" ini yang menarik minat kedua-dua orang jurugambar ini.
Oh...rupanya mereka cuba mengambil gambar candid kanak-kanak yang sedang mencari ketam batu ini. Pada pertengahan musim panas, iaitu di dalam bulan Ogos, sungai ini akan dihadiri oleh pelancong-pelancong di waktu malam bagi menikmati keindahan cahaya yang di terangi oleh sang "Kelip-Kelip". Kehadiran kelip-kelip ini membuktikan bahawa sungai Ginzan ini adalah bersih dan jernih, sesuai untuk mereka menjadikan sungai ini penginapan mereka di musim panas.
"Uwaahh..dekai neko!" (Besarnya kucing tu!..)
Kita masuk ke dalam kawasan bandar ni sikit. Ini adalah sebahagian dari suasana di pintu masuk bandar Iwami ini.
Kami meneruskan lagi perjalanan di dalam bandar ini.
Sehinggalah anak saya terhenti di kedai pakcik ini.
Kedai ini menjual barangan kraf dan juga barang permainan kanak-kanak yang antik, seperti gasing, kereta kayu dan juga guli. Kedua-dua pasangan suami isteri ini begitu ramah melayani pelanggan, disamping turut memberikan kata-kata nasihat kepada kami suami isteri supaya membesarkan anak dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang, memandangkan keruntuhan moral di kalangan remaja di sini yang amat kritikal akibat kurangnya perhatian dari ibu bapa yang sibuk bekerja.
Setelah agak separuh perjalanan, anak saya mula merengek kelaparan. Mujur juga di sebelah kedai mainan tadi ada kedai makanan.
"Soba" adalah sejenis mee yang diperbuat dari sejenis tepung yang dihasilkan dari biji benih bunga Soba. Ianya menjadi makanan tradisional rakyat Jepun sejak turun temurun. Kebiasaannya Soba dikaitkan dengan "Perpindahan", dimana pada setiap tahun baru iaitu pada jam 12malam 31hb Disember, apabila loceng-loceng kuil dibunyikan, mereka akan makan Soba ini untuk menyambut tahun baru, berpindah dari tahun sebelumnya ke tahun baru.
Selain daripada itu, Soba juga sering dijadikan buah tangan bagi mereka yang baru berpindah rumah di sesuatu kawasan baru. Mereka akan mengagihkan Soba ini kepada jiran-jiran baru sebagai menandakan kehadiran mereka. Pada zaman Edo (abad ke 16) dahulu, "Soba", membawa maksud "di sebelah", pada waktu itu setiap kali seseorang yang baru berpindah akan mengucapkan, "selamat berkenalan, saya datang berpindah di sebelah anda". Dan mereka akan meraikan perpindahan itu dengan memakan mee tadi. Lama kelamaan setelah turun kemurun, mee yang mereka makan di sebelah jiran baru mereka setiap kali berpindah, dengan sendirinya mendapat nama sebagai "Soba" atau "mee di sebelah".
"Nagaaaii..." (Panjangnya!)
Setelah kenyang dengan sejemput Soba, perjalanan diteruskan lagi.
Oleh kerana anak saya amat kekenyangan, kemengantukan beliau telah menyebabkan beliau merengek nak balik pula. Tapi silap saya juga, dah tahu bawa keluarga berjalan, sibuk ambil gambar sana sini.
Untuk mengakhiri siri ini, saya sertakan beberapa keping pemandangan di dalam bandar Iwami ini yang sempat dirakamkan sebelum balik. Maaf sekiranya keindahan bandar ini tidak sampai ke perasaan rakan-rakan, InsyaAllah, sekiranya ada masa untuk saya menembak lagi, saya akan datang lagi dan merakamkan dengan lebih teliti..(mungkin waktu tu dah basi..hehehe).
Apa tengok________________________________Jangan le intai..
"Otoosan...kaero..mou nemutai.." (Ayah..jom balik..adik dah mengantuk ni..)
Saya akhiri perjalanan ini dengan ucapan wabillah hitaufik walhidayah...wassalamualaikum wtb.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Jun-2007 13:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Jun-2007 00:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|